Koleksi Jongkong emas & Dinar Emas Public Gold

Koleksi Jongkong emas & Dinar Emas Public Gold

Carian emas ...

Tuesday, September 1, 2009

Evolusi Pelaburan Emas

Emas sebagai Pelaburan tradisi

Mengapa ramai sangat orang melaburkan wang mereka untuk membeli emas? Suatu masa dahulu, pelaburan emas jarang sekali kita dengar. Biasanya golongan Hawa membeli emas adalah dengan tujuan untuk perhiasan... dan bila perlukan wang, mereka boleh jual emas berkenaan atau simpan dipajak gadai berhampiran.

Itu dulu... beberapa tahun kebelakangan ini, emas bukan lagi idaman kaum Hawa, malah setiap golongan tidak kira jantina dan status ekonomi telah mula berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Ada yang membeli emas untuk tujuan perhiasan sambil menyimpan dan ada pula yang lebih agresif membeli dinar emas. Bagi yang lebih berkemampuan, mereka akan memilih untuk memilikki jongkong emas 20g, 50g, 100g dan mungkin 1kg.

Di mana emas boleh diperolehi?

Saya adalah pengedar Emas Public Gold (No Pengedar: A0885) dan PG menawarkan Emas dalam berbagai bentuk serta dengan jaminan kualiti/ketulenan. Untuk melihat sendiri pelbagai produk emas Public Gold, sila layari http://www.publicgold.com.my/content/view/31/27/lang,english/

Public Gold menyediakan kemudahan menyemak harga emas semasa di laman web
http://www.publicgold.com.my/component/option,com_frontpage/Itemid,1/lang,english/ . Para pelanggan boleh berurusan dengan pengedar-pengedar PG yang berhampiran atau mendaftar sebagai pelanggan di laman web di atas. Pendaftaran adalah percuma, dan pelanggan boleh membuat tempahan terus secara online dan mengambil tempahan di cawangan PG yang berhampiran.

Walau bagaimanapun, pembelian pada jumlah yang kecil lebih mudah dilakukan melalui pengedar-pengedar berhampiran anda. Mana tidaknya, pelanggan tidak perlu menghabiskan masa untuk bersesak-sesak untuk pergi ke branch yang tentunya melibatkan kos pengangkutan, masa dan sebagainya. Pelanggan hanya perlu mengenalpasti pengedar PG yang berhampiran dan membuat temujanji untuk urusan penerangan atau jual/beli emas. Pelanggan perlu terlebih dahulu menyemak harga semasa emas dan bersetuju dengan harga berkenaan sebelum jual/beli dilaksanakan.

Jika inginkan maklumat berkaitan pelaburan emas, sila email kepada far1977@gmail.com atau hubungi 019-3433076. Kami di 'Emas Anda' sedia membantu.