Koleksi Jongkong emas & Dinar Emas Public Gold

Koleksi Jongkong emas & Dinar Emas Public Gold

Carian emas ...

Saturday, August 27, 2011

Produk i-series Public Gold: Inovasi 2 dalam 1.

Peluang pelaburan emas bersama Public Gold kini diperluas dengan pelancaran produk inovasi 2 dalam 1 yang di kenali sebagai i-series. Produk ini sesuai dijadikan barangan perhiasan (dipakai sebagai barang kemas) kerana hasil kerja yang halus lagi menawan. Selain itu, ia juga amat sesuai bagi tujuan pelaburan emas kerana jaminan belian balik oleh syarikat Public Gold dengan kadar 'spread' sekitar 10% sahaja. Kadar spread yang rendah ini menjadikan i-series sebagai produk barang kemas pertama di Malaysia yang paling berbaloi untuk pelaburan emas.

Produk i-series direka dalam pelbagai saiz dalam rekabentuk padu berketulenan 916. Kadar harga 916 yang masih rendah berbanding 999.9 menjadikan i-series sebagai produk mampu milik ditambah pula ianya didatangkan dalam berat 10g, 20g, 50g dan 100g serta bakal berada di pasaran ialah 5g.

i-series Umpama Wang Tunai

Berbanding produk-produk Public Gold seperti dinar dan golbar, i-series juga boleh digadai di mana-mana ar-rahnu bagi mendapatkan wang tunai. Penggadai boleh memilih kadar upah simpan yang selesa mengikut kadar pinjaman yang dibuat. Kadar pinjaman ialah 70%, 60% dan 50% masing-masing dikenakan kadar upah simpan sebanyak 75 sen, 60 sen dan 50 sen bagi setiap nilaian marhum RM100.

Dalam pada ar-rahnu Bank Rakyat tidak menerima dinar, goldbar serta rantai emas 999 untuk digadai, i-series adalah alternatif terbaik kepada peluang manipulasi emas yang lebih luas.

Sila dapatkan i-series anda dari pengedar Public Gold yang berhampiran. untuk maklumat harga, sila rujuk di ruangan kiri blog ini.

Kami Membeli Emas Lama Serta Khidmat Menebus Surat Pajak Pada Harga Tinggi

Kumpulan Gold4all telah meluaskan skop perniagaan emas dengan menawarkan pembelian emas terpakai serta emas lama dengan harga yang tinggi. Bagi emas lama dan terpakai (barang kemas), harga yang ditawarkan ialah berdasarkan harga Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia (FGJAM) dengan kadar 'spread' maksima 20% sahaja. Kadar spread boleh dikurangkan bergantung kepada keadaan fizikal barang kemas berkenaan.

Selain itu, kami juga menyediakan khidmat menebus surat pajak anda. Kadar spread maksima yang dikenakan juga 20% serta pengurangan spread akan dipertimbangkan sekiranya keadaan fizikal emas berada dalam keadaan yang memuaskan. Wakil Gold4all akan bersama anda pergi ke bank bagi tujuan penebusan berkenaan. Emas akan dijual kepada kami dan baki bersih (setelah ditolak hutang, upah simpan serta spread yang dipersetujui) akan dibayar kepada anda.

Untuk produk-produk emas yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat seperti Public Gold dan GCP, kadar spread maksima adalah mengikut sepertimana yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat berkenaan dengan tambahan caj perkhidmatan 1% sahaja. Walau bagaimanapun, spread maksima bagi produk-produk ini adalah tidak melebihi 15% bergantung kepada keadaan fizikal emas berkenaan.

Bagi memastikan urusan jualbeli (emas lama) yang telus, segala urusan pembelian emas akan dilakukan di cawangan AgroBank berhampiran.


Wednesday, October 13, 2010

Apa Itu Dinar & Mengapa Anda Perlu Menyimpannya

DINAR EMAS Matawang Islam : Dahulu, Kini Dan Selamanya

Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: 'Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (emas) dan Dirham (perak)." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Spesifikasi Dinar Emas

Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang ke-2 telah menetapkan piawaian Dinar adalah seperti berikut;
  • 1 Dinar bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
  • 1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999

Kelebihan Dinar Emas

  • Emas memilikki nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang diseluruh dunia.
  • Dinar & Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding matawang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
  • Boelh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
  • Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
  • Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.

Di antara Kegunaan Dinar Emas ialah:

  • Sebagai pelaburan dan simpanan.
  • Digunakan untuk membayar zakat.
  • Digunakan sebagai Mas Kahwin.
  • Dijadikan hadiah dan cenderamata.
  • Digunakan sebagai matawang bagi tujuan jualbeli.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi agen PG yang sah.
Artikel ini dipetik dari pamplet Public Dinar.

Kaedah Jual Beli Dinar & Jongkong Emas : Yang Mana Pilihan Anda

Pilihan 1: Membeli dinar & emas pelaburan terus dari Public Gold

Anda boleh log harga mengikut harga yang terdapat di laman web http://www.publicgold.com.my dan log harga menggunakan portal yang terdapat dalam laman web berkenaan. Sales Order akan dijana serta merta dan pastikan anda mencetak SO berkenaan untuk urusan yang seterusnya seperti rujukan ketika membuat pembayaran dan pengambilan stock. Slip pembayaran samada melalui perbankkan internet, kaunter bank atau mesin ATM perlulah disimpan dan dibawa bersama dengan salinan SO ketika hendak mengambil stock dari branch. Pembayaran secara tunai turut dibenarkan, walau bagaimanapun, anda perlu memaklumkan kepada perunding jualan terlebih dahulu.

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk membuat tempahan menerusi portal, anda juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS, dengan menaipkan nama. no k/p, email, item yang dikehendaki serta harga semasa dan dihatar ke nombor telefon bimbit branch yang berhampiran. Perunding jualan akan menghantarkan Sales Order menerusi email anda secepat mungkin. Sekiranya anda tidak menerima SO, silalah menghubungi perunding jualan di branch di mana anda mengirimkan tempahan menerusi SMS dilakukan.

Pastikan anda menghubungi branch terlebih dahulu sebelum hadir untuk tujuan pengambilan stock. Ini bagi mengelakkan anda dari menunggu terlalu lama akibat terlalu ramai yang sedang menunggu atau pulang dengan tangan kosong akibat kehabisan stock.

Pilihan ke-2: Membeli Dinar & Emas Pelaburan dari Agen PG yang berdaftar

Cara yang lebih mudah dan menjimatkan. Anda hanya perlu mengetahui harga semasa dinar dan emas pilihan anda seterusnya menghubungi agen pilihan atau yang berhampiran. Bagi pelabur-pelabur yang membeli dalam kapasiti kecil, kaedah ini adalah lebih menguntungkan dari segi kos, masa dan tenaga. Ini kerana, sekiranya anda ingin membeli 1 dinar terus dari branch, anda perlu pergi ke branch, kena bayar tol dan parking (kereta), kesesakkan lalulintas, cuaca yang panas/hujan, perlu menunggu giliran yang lama, risiko pulang tangan kosong (stock habis) dan keletihan.

Oleh yang demikian, lakukanlah urusan urusniaga dinar dan emas anda menerusi agen sah PG yang anda yakini. Setiap agen mempunyai no agen Public Gold dan anda berhak mengetahui nombor berkenaan bagi tujuan semakan di branch berhampiran. No Telefon branch boleh diperolehi menerusi laman web http://www.publicgold.com.my. Mereka ada di sekitar tempat tinggal anda, dan ada di antara agen-agen berkenaan yang mempunyai stock dinar & emas yang membolehkan anda memperolehi emas impian berkenaan dengan lebih mudah dan cepat pada harga semasa. Anda khuatir ditipu dengan dinar & emas palsu, maka pastikan anda mendapat resit rasmi Public Gold dan sekiranya anda ditipu, buatlah aduan di branch PG berhampiran, mereka akan membantu anda. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa anda telah berurusan dengan agen PG yang sah.

So, mengapa bayar lebih, pilihan ditangan anda. Pelabur bijak adalah pelabur yang berhemat.

Saturday, October 2, 2010

Ar-Rahnu: Ketahui Kos Pelaburan Anda

Terdapat 3 kaedah untuk menyimpan emas pelaburan anda;
  • Simpan di rumah : Anda perlu kenalpasti tempat yang selamat untuk menyimpan emas berkenaan di rumah anda seperti di bawah katil, atas almari, dalam kotak suis, dalam peti sejuk, dan lain-lain.
  • Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi sekiranya anda mempunyai sejumlah emas yang mampu 'fully utilize' SDB yang anda sewa itu. Selain dari kalis api dan kecurian, ia turut dilindungi insuran. Anda boleh tambah kadar insuran perlindungan bergantung kepada keperluan.
  • Simpan di ar-rahnu: Selain dari selamat, anda juga akan mendapat sehingga 70% dari nilai emas anda. Anda hanya perlu membayar upah sewa pada kadar 7.2% setahun dari nilai marhum emas yang anda gadaikan. Ia dilindungi insuran dan membolehkan anda menambah stok emas lagi dan lagi walaupun modal anda adalah terhad. Beli emas semasa ia murah dan bayar secara ansuran tanpa faedah setiap bulan dan nikmati keuntungan apabila nilai emas meningkat kelak.

Berapa Jumlah Kos Pelaburan Anda ???

Dengan memajakkan emas pelaburan anda di ar-rahnu bermakna anda telah menambah kos pelaburan sebanyak 7.2% setahun. Kadar ini adalah mengikut kos simpanan 60sen untuk setiap RM100 nilai marhum dengan pinjaman 70%.

Kaji senario ini;

Anda membeli dari syarikat X yang menawarkan spread 6%.
Anda gadai emas berkenaan di ar-rahnu selama 12 bulan (6+6) dengan kos 7.2%.
Setelah 12 bulan kadar peningkatan harga emas ialah 25%, maka berapa kos dan pendapatan sebenar anda???

Jumlah kos = nilai spread + kos simpan ar-rahnu = 6% + 7.2% = 13.2%
Jumlah keuntungan = Nilai emas semasa -Jumlah kos = 25% - 13.2% = 11.8%

Dari kiraan di atas, dengan menyimpan di ar-rahnu, sekiranya peningkatan harga emas ialah 25% setahun, maka jumlah keuntungan yang akan diperolehi ialah 11.8%.

Bagaimana sekiranya nilai spread adalah tinggi seperti 10% ?

Nilai spread yang tinggi (10%) akan meningkatkan kos pelaburan kepada 17.2% sekaligus mengurangkan keuntungan kepada 7.8% setahun.

Bagaimana untuk kurangkan kos pelaburan???

Anda kena bijak mencongak ! Ikuti tips berikut;

  • Beli emas dari syarikat pengeluar emas yang mampu membeli balik emas anda pada nilai spread terendah. Spread akan memberi kesan sekali sahaja sepanjang tempoh anda memilikki sesuatu emas pelaburan. Menjual kepada kawan-kawan boleh mengurangkan spread berkenaan.
  • Panjangkan tempoh simpanan agar purata spread anda berkurangan.
  • Sentiasa peka kepada promosi yang dibuat oleh ar-rahnu yang mungkin mengurangkan kadar upah simpan pada tempoh tertentu. Upah simpan yang murah akan mengurangkan kos.
  • Simpan di safe deposit box yang kadar sewaannya lebih murah sekiranya anda tidak memerlukan wang tunai atau tidak berminat untuk menambah stock emas anda.

Menyimpan di ar-rahnu memberi peluang kepada pelabur menambah stock emas ketika harga masih rendah. Ini kerana harga emas akan meningkan berkadaran dengan masa. Pun begitu, pelabur mestilah mempunyai disiplin dalam menguruskan simpanan emas. Elakkan dari menggunakan wang gadaian sewenang-wenangnya selain dari utuk simpanan atau pelaburan yang menguntungkan. Ini bagi mengelakkan dari emas yang digadaikan di lelong dan memberikan rekod buruk terhadap diri anda.

Wednesday, September 29, 2010

Tips memilih jenama produk emas: Harga emas yang rendah atau kadar 'spread' yang rendah?


Emas dikategorikan mengikut ketulenannya, samada 999.9, 916, dan sebagainya. Tanpa mengambilkira syarikat apa yang mengeluarkannya, ia tetap mempunyai nilai yang sama. Pun begitu, nilai 'spread' dan 'offset' akan membezakan kadar keuntungan yang akan dinikmati oleh para pelabur emas. Pelabur bijak pastinya akan memastika emas pelaburan mereka berupaya memberikan pulangan tertinggi apabila dijual kelak. Menjual emas pelaburan kepada selain dari syarikat pengeluar akan menyebabkan anda dikenakan nilai spread yang tinggi (rugi). Maka pilihan terbaik selain dari menjual kepada individu tertentu yg sanggup membeli pada harga yang tinggi, menjual balik kepada syarikat pengeluar asal adalah kaedah yang kerap dilakukan.


Nilai Spread

Nilai Spread ialah nilai perbezaan di antara harga jual (dari pelabur/pelanggan) dengan harga semasa emas yang sanggup dibayar oleh syarikat pengeluar emas berkenaan. Dengan ayat mudah, berapa anda akan 'loss' jika anda jual semula emas berkenaan kepada syarikat emas tempat anda beli dahulu.

Sebagai contoh;

Syarikat A menjual emas 999.9 dgn harga RM100/gm dengan nilai spread 12%
Syarikat B menjual emas 999.9 dgn harga RM95/gm dengan nilai spread 15%
Syarikat C menjual emas 999.9 dgn harga RM110/gm dengan nilai spread 6%

Yang manakah menjadi pilihan anda? Harga yang sedikit rendah atau nilai spread yang rendah? Sila lakukan kiraan sendiri seperti mana berikut dengan mengandaikan harga semasa adalah sama dengan harga jual;

Syarikat A
Dengan nilai spread 12%, syarikat A akan membeli balik emas dari pelanggan dengan harga = RM100 - (100 x 12%) = RM100 - RM12 = RM88.00/gm
Anda akan kehilangan RM12.00 dari setiap gram emas 999.9 yang anda jual balik.

Syarikat B
Dengan nilai spread 15%, syarikat B akan membeli balik emas dari pelanggan dengan harga = RM95-(RM95 x 15%) = RM95- 14.25 = RM80.75/gm
Anda akan kehilangan RM14.25 dari setiap gram emas 999.9 yang anda jual balik.

Syarikat C
Dengan nilai spread 6%, syarikat C akan membeli balik emas dari pelanggan dengan harga = RM110-(RM110 x 6%) = RM110- 6.60= RM103.40/gm
Anda akan kehilangan RM6.60 dari setiap gram emas 999.9 yang anda jual balik.

Dari 3 contoh di atas, syarikat B menawarkan kepada pelabur harga jualan emas 999.9 yang paling rendah, pun begitu dengan nilai spread yang tinggi, pelanggan akan mengalami kerugian tertinggi jika dibandingkan dengan syarikat A dan C. Pun begitu, syarikat C walaupun harga emas 999.9 yang ditawarkan adalah paling tinggi dari syarikat yang lain, disebabkan nilai spreadnya yang rendah, pelabur akan tersenyum lebar ketika mereka menjual semula emas mereka berbanding syarikat A dan B.

Nilai Offset

Sesetengah syarikat pengedar emas pelaburan telah menetapkan nilai offset kepada produk emas pelaburan mereka. Maksud nilai offset ialah, meletakkan beza harga belian produk mereka berbanding harga pasaran yang sebenar. Nilai offset dikenakan bagi tujuan mempromosi produk di mana harga emas yang mereka jual akan lebih rendah dari harga pasaran.

Sebagai contoh, harga pasaran emas 999.9 ialah RM145.00/g, setelah dikenakan nilai offset RM5/g, syarikat tertentu akan menjual produk mereka dengan harga RM140/g. Ini bermakna, seketul jongkong emas 999.9 seberat 100g akan dijual pada harga RM14000 iaitu RM500 lebih rendah dari harga pasaran atau syarikat-syarikat pengeluar produk emas pelaburan yang lain. Walau bagaimanapun, para pelabur mungkin 'overlooked' pada harga belian balik syarikat berkenaan yang mana turut meletakkan offset RM5/g. Ini bermakna, beli balik emas oleh syarikat berkenaan adalah RM5/g lebih rendah dari harga semasa. Jika nilai offset yang dikenakan pada harga jual dan harga beli adalah sama, maka samalah saja sekiranya kita membeli pada harga semasa. Maka yang menentukan keuntungan sebenar ketika kita menjual emas berkenaan adalah nilai spread yang dikenakan.


Lihat sinario berikut;

Andaikan anda baru sahaja memulakan pelaburan emas sebanyak 500g dengan harga semasa emas 999.9 pada ketika itu ialah RM110/gm. Setelah kajian demi kajian dilakukan, anda menjangkakan bahawa keuntungan setelah 12 bulan melabur di dalam pelaburan emas adalah 25%. Ya... setelah 12 bulan berlalu, anda mendapati harga emas semasa telah meningkat sebanyak 25% berbanding harga semasa anda membelinya. Harga semasa emas 999.9 pada ketika itu ialah RM137.50/g Berapakah keuntungan bersih yang akan anda perolehi sekiranya anda memilih produk dari syarikat-syarikat berikut;

Syarikat A (nilai spread 12%)
Nilai offset yang diletakkan oleh syarikat A adalah RM10 lebih rendah dr harga semasa; RM100/gm x 500gm = RM50,000.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga RM10/g lebih rendah dari harga semasa) = [RM127.50/gm - (RM127.50 x 12%)]x 500gm = RM56,100.00
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM 56,100 - RM50,000 = RM6,100.00

Syarikat B (nilai spread 15%)
Harga beli adalah RM15/g lebih rendah dr harga semasa; RM95/gm x 500gm = RM47,500.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga RM15/g lebih rendah dari harga semasa) = [RM122.50/gm - (RM122.50 x 15%)]x 500gm = 52,062.50
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM52,062.50- RM50,000 = 2,062.50

Syarikat C (nilai spread 6%)
Harga beli adalah pada harga semasa; RM110/gm x 500gm = RM55,000.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga) = [RM137.50/gm - (RM137.50 x 6%)]x 500gm = RM64,625.00
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM64,625 - RM55,000 = RM9,625.00

Syarikat D (nilai spread 6%)
Harga beli adalah pada harga RM10/g lebih rendah dari harga semasa; RM100/gm x 500gm = RM50,000.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga RM10/g lebih rendah dari harga semasa) = [RM127.50/gm - (RM127.50 x 6%)]x 500gm = RM59,925.00
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM59,925.00 - RM50,000 = RM9,925.00

Jadual berikut adalah rumusan kepada analisis di atas. Sekiranya ada sebarang kemuskilan, sila email ke far1977@gmail.com atau hello saya di 019-3433076. Saya sedia berkongsi maklumat pelaburan emas dengan anda.



Sunday, September 19, 2010

Segeralah bertukar kepada Dinar dan Dirham

Sukar bagi kita untuk bertukar kepada dinar dan dirham memandangkan urusan harian kita adalah menggunakan matawang tempatan (RM). Pun begitu kita perlu menerima hakikat bahawa matawang yang kita miliki pada tika dan saat ini, ribuan ringgit yang kita simpan di bank-bank semakin hari semakin susut nilaiannya. Kuasa membeli semakin berkurangan dan terus berkurang dari tahun ke tahun dan kita semua menyedarinya... tetapi tidak semua diantara kita memahami mengapa perkara ini berlaku dan bagaimana untuk menghindarinya.

Jika kita mampu memiliki sebuah rumah berkeluasan 1000kakipersegi pada tahun 2010 dengan harga RM150,000, adakah pada tahun-tahun berikutnya kita masih mampu membeli rumah yang sama pada harga RM150,000? Tentu tidak sama sekali.... Adakah pada ketika ini anda boleh membeli seekor kambing pada harga RM600.00, dan beberapa tahun akan datang anda boleh membeli kambing dengan ciri-ciri yang sama pada harga RM600.00 juga??? Tentu tidak sama sekali... Semua orang tahu akan perkara ini, tetapi masih ramai yang tidak tahu untuk bertindak.

Mari tonton video ini (Intro dlm bahasa xxx, seterusnya dalam bahasa Indonesia);



Maka dinar dan dirham adalah penyelamat kepada kekayaan anda. Harga dinar tidak meningkat, tetapi nilai matawang yang semakin menyusut. jangan biarkan kekayaan anda berkurangan berkadaran dengan masa, simpanlah emas dan kembalikan wang kertas kepada bank-bank sebelum kerugian yang lebih besar akan anda tanggung.

Mulakanlah langkah pertama anda sekarang. Tukarkanlah sebahagian dari wang simpanan anda kepada emas dan perak.