Koleksi Jongkong emas & Dinar Emas Public Gold

Koleksi Jongkong emas & Dinar Emas Public Gold

Carian emas ...

Wednesday, September 29, 2010

Tips memilih jenama produk emas: Harga emas yang rendah atau kadar 'spread' yang rendah?


Emas dikategorikan mengikut ketulenannya, samada 999.9, 916, dan sebagainya. Tanpa mengambilkira syarikat apa yang mengeluarkannya, ia tetap mempunyai nilai yang sama. Pun begitu, nilai 'spread' dan 'offset' akan membezakan kadar keuntungan yang akan dinikmati oleh para pelabur emas. Pelabur bijak pastinya akan memastika emas pelaburan mereka berupaya memberikan pulangan tertinggi apabila dijual kelak. Menjual emas pelaburan kepada selain dari syarikat pengeluar akan menyebabkan anda dikenakan nilai spread yang tinggi (rugi). Maka pilihan terbaik selain dari menjual kepada individu tertentu yg sanggup membeli pada harga yang tinggi, menjual balik kepada syarikat pengeluar asal adalah kaedah yang kerap dilakukan.


Nilai Spread

Nilai Spread ialah nilai perbezaan di antara harga jual (dari pelabur/pelanggan) dengan harga semasa emas yang sanggup dibayar oleh syarikat pengeluar emas berkenaan. Dengan ayat mudah, berapa anda akan 'loss' jika anda jual semula emas berkenaan kepada syarikat emas tempat anda beli dahulu.

Sebagai contoh;

Syarikat A menjual emas 999.9 dgn harga RM100/gm dengan nilai spread 12%
Syarikat B menjual emas 999.9 dgn harga RM95/gm dengan nilai spread 15%
Syarikat C menjual emas 999.9 dgn harga RM110/gm dengan nilai spread 6%

Yang manakah menjadi pilihan anda? Harga yang sedikit rendah atau nilai spread yang rendah? Sila lakukan kiraan sendiri seperti mana berikut dengan mengandaikan harga semasa adalah sama dengan harga jual;

Syarikat A
Dengan nilai spread 12%, syarikat A akan membeli balik emas dari pelanggan dengan harga = RM100 - (100 x 12%) = RM100 - RM12 = RM88.00/gm
Anda akan kehilangan RM12.00 dari setiap gram emas 999.9 yang anda jual balik.

Syarikat B
Dengan nilai spread 15%, syarikat B akan membeli balik emas dari pelanggan dengan harga = RM95-(RM95 x 15%) = RM95- 14.25 = RM80.75/gm
Anda akan kehilangan RM14.25 dari setiap gram emas 999.9 yang anda jual balik.

Syarikat C
Dengan nilai spread 6%, syarikat C akan membeli balik emas dari pelanggan dengan harga = RM110-(RM110 x 6%) = RM110- 6.60= RM103.40/gm
Anda akan kehilangan RM6.60 dari setiap gram emas 999.9 yang anda jual balik.

Dari 3 contoh di atas, syarikat B menawarkan kepada pelabur harga jualan emas 999.9 yang paling rendah, pun begitu dengan nilai spread yang tinggi, pelanggan akan mengalami kerugian tertinggi jika dibandingkan dengan syarikat A dan C. Pun begitu, syarikat C walaupun harga emas 999.9 yang ditawarkan adalah paling tinggi dari syarikat yang lain, disebabkan nilai spreadnya yang rendah, pelabur akan tersenyum lebar ketika mereka menjual semula emas mereka berbanding syarikat A dan B.

Nilai Offset

Sesetengah syarikat pengedar emas pelaburan telah menetapkan nilai offset kepada produk emas pelaburan mereka. Maksud nilai offset ialah, meletakkan beza harga belian produk mereka berbanding harga pasaran yang sebenar. Nilai offset dikenakan bagi tujuan mempromosi produk di mana harga emas yang mereka jual akan lebih rendah dari harga pasaran.

Sebagai contoh, harga pasaran emas 999.9 ialah RM145.00/g, setelah dikenakan nilai offset RM5/g, syarikat tertentu akan menjual produk mereka dengan harga RM140/g. Ini bermakna, seketul jongkong emas 999.9 seberat 100g akan dijual pada harga RM14000 iaitu RM500 lebih rendah dari harga pasaran atau syarikat-syarikat pengeluar produk emas pelaburan yang lain. Walau bagaimanapun, para pelabur mungkin 'overlooked' pada harga belian balik syarikat berkenaan yang mana turut meletakkan offset RM5/g. Ini bermakna, beli balik emas oleh syarikat berkenaan adalah RM5/g lebih rendah dari harga semasa. Jika nilai offset yang dikenakan pada harga jual dan harga beli adalah sama, maka samalah saja sekiranya kita membeli pada harga semasa. Maka yang menentukan keuntungan sebenar ketika kita menjual emas berkenaan adalah nilai spread yang dikenakan.


Lihat sinario berikut;

Andaikan anda baru sahaja memulakan pelaburan emas sebanyak 500g dengan harga semasa emas 999.9 pada ketika itu ialah RM110/gm. Setelah kajian demi kajian dilakukan, anda menjangkakan bahawa keuntungan setelah 12 bulan melabur di dalam pelaburan emas adalah 25%. Ya... setelah 12 bulan berlalu, anda mendapati harga emas semasa telah meningkat sebanyak 25% berbanding harga semasa anda membelinya. Harga semasa emas 999.9 pada ketika itu ialah RM137.50/g Berapakah keuntungan bersih yang akan anda perolehi sekiranya anda memilih produk dari syarikat-syarikat berikut;

Syarikat A (nilai spread 12%)
Nilai offset yang diletakkan oleh syarikat A adalah RM10 lebih rendah dr harga semasa; RM100/gm x 500gm = RM50,000.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga RM10/g lebih rendah dari harga semasa) = [RM127.50/gm - (RM127.50 x 12%)]x 500gm = RM56,100.00
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM 56,100 - RM50,000 = RM6,100.00

Syarikat B (nilai spread 15%)
Harga beli adalah RM15/g lebih rendah dr harga semasa; RM95/gm x 500gm = RM47,500.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga RM15/g lebih rendah dari harga semasa) = [RM122.50/gm - (RM122.50 x 15%)]x 500gm = 52,062.50
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM52,062.50- RM50,000 = 2,062.50

Syarikat C (nilai spread 6%)
Harga beli adalah pada harga semasa; RM110/gm x 500gm = RM55,000.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga) = [RM137.50/gm - (RM137.50 x 6%)]x 500gm = RM64,625.00
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM64,625 - RM55,000 = RM9,625.00

Syarikat D (nilai spread 6%)
Harga beli adalah pada harga RM10/g lebih rendah dari harga semasa; RM100/gm x 500gm = RM50,000.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga RM10/g lebih rendah dari harga semasa) = [RM127.50/gm - (RM127.50 x 6%)]x 500gm = RM59,925.00
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM59,925.00 - RM50,000 = RM9,925.00

Jadual berikut adalah rumusan kepada analisis di atas. Sekiranya ada sebarang kemuskilan, sila email ke far1977@gmail.com atau hello saya di 019-3433076. Saya sedia berkongsi maklumat pelaburan emas dengan anda.



Sunday, September 19, 2010

Segeralah bertukar kepada Dinar dan Dirham

Sukar bagi kita untuk bertukar kepada dinar dan dirham memandangkan urusan harian kita adalah menggunakan matawang tempatan (RM). Pun begitu kita perlu menerima hakikat bahawa matawang yang kita miliki pada tika dan saat ini, ribuan ringgit yang kita simpan di bank-bank semakin hari semakin susut nilaiannya. Kuasa membeli semakin berkurangan dan terus berkurang dari tahun ke tahun dan kita semua menyedarinya... tetapi tidak semua diantara kita memahami mengapa perkara ini berlaku dan bagaimana untuk menghindarinya.

Jika kita mampu memiliki sebuah rumah berkeluasan 1000kakipersegi pada tahun 2010 dengan harga RM150,000, adakah pada tahun-tahun berikutnya kita masih mampu membeli rumah yang sama pada harga RM150,000? Tentu tidak sama sekali.... Adakah pada ketika ini anda boleh membeli seekor kambing pada harga RM600.00, dan beberapa tahun akan datang anda boleh membeli kambing dengan ciri-ciri yang sama pada harga RM600.00 juga??? Tentu tidak sama sekali... Semua orang tahu akan perkara ini, tetapi masih ramai yang tidak tahu untuk bertindak.

Mari tonton video ini (Intro dlm bahasa xxx, seterusnya dalam bahasa Indonesia);



Maka dinar dan dirham adalah penyelamat kepada kekayaan anda. Harga dinar tidak meningkat, tetapi nilai matawang yang semakin menyusut. jangan biarkan kekayaan anda berkurangan berkadaran dengan masa, simpanlah emas dan kembalikan wang kertas kepada bank-bank sebelum kerugian yang lebih besar akan anda tanggung.

Mulakanlah langkah pertama anda sekarang. Tukarkanlah sebahagian dari wang simpanan anda kepada emas dan perak.

Saturday, September 18, 2010

Rahsia Keuntungan Membeli Emas Terbongkar

Ada modal, tetapi kat mana nak dilaburkan???

Terpulanglah kepada individu... setiap pelaburan pasti ada untung ruginya. Apa yang penting adalah anda perlu meneliti kadar risiko yang mungkin dihadapi oleh pelaburan anda. Mana dalam dunia ni ada yang untung semata-mata untung... mesti ada risikonya kerana yang sempurna itu hanyalah milik tuhan.

Ada orang yang sangat berhati-hati dalam melaksanakan pelaburan demi kesejahteraan masa depan mereka dengan melabur di ASB. Tidak dapat dinafikan bahawa ianya merupakan salah satu dari pelaburan yang sangat rendah risikonya. Pun begitu adakah anda pasti bahawa kadar KEUNTUNGAN BERSIH ASB adalah setinggi kadar keuntungan yang di istiharkan oleh PNB. Secara peribadi saya mengatakan bahawa terdapat 2 jawapan dari 2 golongan yang berbeza. Golongan pertama adalah yang menzakatkan wang simpanan ASB (2.5%) yang telah cukup haul dan nisab maka sekiranya dividen tahun berkenaan ialah 8%, maka jumlah keuntugan bersih tahun berkenaan ialah 5.5% sahaja, manakala golongan kedua tidak mengetahui akan kewajipan berkenaan maka keseluruhan 8% merupakan keuntungan yang dia akan perolehi.

Bagi golongan yang berani mengambil risiko, pelaburan seperti unit trust akan menjadi pilihan. Pun begitu, pulangan dari pelaburan adalah bergantung kepada kepekaan agen pelaburan yang diamanahkan untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan. Salah pilih agen, asyik kena switch ajelah saham kita tu nanti dan setiap kali switch pelabur akan dikenakan sejumlah caj. Untung rugi dalam unit trust agak sukar di ramal kerana banyak faktor yang akan mempengaruhi sesuatu 'Fund' yang dibeli.

Golongan yang lebih aggresif dan melihat keuntungan pada jangkamasa panjang pula akan melabur di dalam sektor hartanah dan pertanian. Namun, pelaburan dalam sektor ini memerlukan sejumlah modal yang agak besar. Membeli rumah bagi tujuan sewaan dan menjual semula setelah tempoh tertentu biasanya memberikan pulangan yang besar. Pun begitu, pemilihan lokasi yang tepat serta pakej pembiayaan yang sesuai perlu diteliti agar peaburan berkenaan benar-benar menguntungkan. Jika tidak, maka rumah berkenaan sukar disewakan serta tidak dapat dijual dengan harga yang menguntungkan.


Apa alternatif pelaburan yang lebih menguntungkan???

Jawapan kepada masalah pelaburan untuk kita semua... lihat beberapa rekod harga emas yang terdapat disebelah kanan blog ini... rekod sebulan... suku tahun, setahun dan lima tahun. Itu adalah jawapan kepada peluang pelaburan jangka panjang anda.

Seperti yang telah saya katakan, tiada pelaburan tanpa risiko... pelaburan emas juga mempunyai risiko... pun begitu risiko jangka panjang jelas sekali sangat minima. Oleh itu, betulkan mindset anda, mulakanlah langkah pertama demi kesejahteraan masa depan anda dan keluarga.



Masih tak percaya... lihat bukti yang lebih real.



Sales order yand dibuat pada 7 Sept2010

Pajakkan Ar-Rahnu yang dibuat pada 17 Sept 2010

Kedua-dua resit di atas bukti menunjukkan bahawa;
1. Emas Public Gold adalah benar-benar au 999.9 dan diterima oleh Agro bank.
2. Hanya dalam tempoh 10 hari sahaja, nilai gadaian lebih tinggi dari nilai belian (7-17/9/'10)

Ketika tempahan dibuat, harga 20g jongkong ialah RM 2864.00 manakala 50g jongkong ialah RM 7127.00 sahaja. Dalam tempoh 10 hari jongkong emas 20g dan 50g dapat dipajak pada nilaian marhum masing2 RM 2970.00 dan RM 7425.00. Perbezaan di antara harga beli 20g dan 50g dan pajak adalah masing2 +RM106.00 dan +RM298.00. Cuba semak berapa harga hari ini??? Telah naik lagi dan lagi... mulakanlah langkah pertama anda sekarang.
Sila hubungi agen anda di far1977@gmail.com atau 019-3433076.




Jadi Tokey Emas dengan kos permulaan 20K.

20K... macam tak percaya... tetapi itulah realitinya. Anda boleh menikmati previllage sebagai pengedar emas Public Gold dengan modal permulaan hanya 20K sahaja.


Apa yang perlu anda tahu ???

Kesemua RM20,000 yang anda modalkan untuk menjadi pengedar sah Public Gold adalah 100% untuk membeli emas. Anda tidak perlu membelanjakan sesen pun dari jumlah berkenaan untuk membeli accessories pakai habis dan peralatan jualan lain seperti pemplet, kotak simpanan emas dan tiada yuran pendaftaran. Malah PG akan memberikan pemplet dan manual pengedar secara percuma. Jimat bukan... 100% duit yang anda keluarkan hanya untuk beli emas.


Apa lagi ???

Anda akan layak menerima pulangan 1.5% dari jumlah kos membeli emas yang telah anda keluarkan dan bayaran berkenaan akan dimasukkan terus ke dalam akaun anda pada setiap 15 haribulan. Apa yang menariknya, pembelian kali pertama (semasa mula menjadi agen) turut mendapat komisyen 1.5% ini... jika 20K yang anda belanjakan, maka pada 15 haribulan depan anda akan menerima RM300 dari PG yang dimasukkan terus ke dalam akaun yang anda daftarkan.


Ada lagi ???

Sebagai agen, anda akan dibayar komisyen 0.3% sekiranya anda menjual semula emas PG kepada PG. Jika saya, emas yang dibeli dari pelanggan akan saya simpan dan jual balik kepada pelanggan lain pada harga semasa... itu lebih menguntungkan.

Jika anda berminat untuk menjadi agen PG, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di 019-3433076 atau far1977@gmail.com.