Koleksi Jongkong emas & Dinar Emas Public Gold

Koleksi Jongkong emas & Dinar Emas Public Gold

Carian emas ...

Wednesday, October 13, 2010

Apa Itu Dinar & Mengapa Anda Perlu Menyimpannya

DINAR EMAS Matawang Islam : Dahulu, Kini Dan Selamanya

Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: 'Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (emas) dan Dirham (perak)." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Spesifikasi Dinar Emas

Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang ke-2 telah menetapkan piawaian Dinar adalah seperti berikut;
  • 1 Dinar bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
  • 1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999

Kelebihan Dinar Emas

  • Emas memilikki nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang diseluruh dunia.
  • Dinar & Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding matawang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
  • Boelh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
  • Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
  • Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.

Di antara Kegunaan Dinar Emas ialah:

  • Sebagai pelaburan dan simpanan.
  • Digunakan untuk membayar zakat.
  • Digunakan sebagai Mas Kahwin.
  • Dijadikan hadiah dan cenderamata.
  • Digunakan sebagai matawang bagi tujuan jualbeli.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi agen PG yang sah.
Artikel ini dipetik dari pamplet Public Dinar.

Kaedah Jual Beli Dinar & Jongkong Emas : Yang Mana Pilihan Anda

Pilihan 1: Membeli dinar & emas pelaburan terus dari Public Gold

Anda boleh log harga mengikut harga yang terdapat di laman web http://www.publicgold.com.my dan log harga menggunakan portal yang terdapat dalam laman web berkenaan. Sales Order akan dijana serta merta dan pastikan anda mencetak SO berkenaan untuk urusan yang seterusnya seperti rujukan ketika membuat pembayaran dan pengambilan stock. Slip pembayaran samada melalui perbankkan internet, kaunter bank atau mesin ATM perlulah disimpan dan dibawa bersama dengan salinan SO ketika hendak mengambil stock dari branch. Pembayaran secara tunai turut dibenarkan, walau bagaimanapun, anda perlu memaklumkan kepada perunding jualan terlebih dahulu.

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk membuat tempahan menerusi portal, anda juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS, dengan menaipkan nama. no k/p, email, item yang dikehendaki serta harga semasa dan dihatar ke nombor telefon bimbit branch yang berhampiran. Perunding jualan akan menghantarkan Sales Order menerusi email anda secepat mungkin. Sekiranya anda tidak menerima SO, silalah menghubungi perunding jualan di branch di mana anda mengirimkan tempahan menerusi SMS dilakukan.

Pastikan anda menghubungi branch terlebih dahulu sebelum hadir untuk tujuan pengambilan stock. Ini bagi mengelakkan anda dari menunggu terlalu lama akibat terlalu ramai yang sedang menunggu atau pulang dengan tangan kosong akibat kehabisan stock.

Pilihan ke-2: Membeli Dinar & Emas Pelaburan dari Agen PG yang berdaftar

Cara yang lebih mudah dan menjimatkan. Anda hanya perlu mengetahui harga semasa dinar dan emas pilihan anda seterusnya menghubungi agen pilihan atau yang berhampiran. Bagi pelabur-pelabur yang membeli dalam kapasiti kecil, kaedah ini adalah lebih menguntungkan dari segi kos, masa dan tenaga. Ini kerana, sekiranya anda ingin membeli 1 dinar terus dari branch, anda perlu pergi ke branch, kena bayar tol dan parking (kereta), kesesakkan lalulintas, cuaca yang panas/hujan, perlu menunggu giliran yang lama, risiko pulang tangan kosong (stock habis) dan keletihan.

Oleh yang demikian, lakukanlah urusan urusniaga dinar dan emas anda menerusi agen sah PG yang anda yakini. Setiap agen mempunyai no agen Public Gold dan anda berhak mengetahui nombor berkenaan bagi tujuan semakan di branch berhampiran. No Telefon branch boleh diperolehi menerusi laman web http://www.publicgold.com.my. Mereka ada di sekitar tempat tinggal anda, dan ada di antara agen-agen berkenaan yang mempunyai stock dinar & emas yang membolehkan anda memperolehi emas impian berkenaan dengan lebih mudah dan cepat pada harga semasa. Anda khuatir ditipu dengan dinar & emas palsu, maka pastikan anda mendapat resit rasmi Public Gold dan sekiranya anda ditipu, buatlah aduan di branch PG berhampiran, mereka akan membantu anda. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa anda telah berurusan dengan agen PG yang sah.

So, mengapa bayar lebih, pilihan ditangan anda. Pelabur bijak adalah pelabur yang berhemat.

Saturday, October 2, 2010

Ar-Rahnu: Ketahui Kos Pelaburan Anda

Terdapat 3 kaedah untuk menyimpan emas pelaburan anda;
  • Simpan di rumah : Anda perlu kenalpasti tempat yang selamat untuk menyimpan emas berkenaan di rumah anda seperti di bawah katil, atas almari, dalam kotak suis, dalam peti sejuk, dan lain-lain.
  • Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi sekiranya anda mempunyai sejumlah emas yang mampu 'fully utilize' SDB yang anda sewa itu. Selain dari kalis api dan kecurian, ia turut dilindungi insuran. Anda boleh tambah kadar insuran perlindungan bergantung kepada keperluan.
  • Simpan di ar-rahnu: Selain dari selamat, anda juga akan mendapat sehingga 70% dari nilai emas anda. Anda hanya perlu membayar upah sewa pada kadar 7.2% setahun dari nilai marhum emas yang anda gadaikan. Ia dilindungi insuran dan membolehkan anda menambah stok emas lagi dan lagi walaupun modal anda adalah terhad. Beli emas semasa ia murah dan bayar secara ansuran tanpa faedah setiap bulan dan nikmati keuntungan apabila nilai emas meningkat kelak.

Berapa Jumlah Kos Pelaburan Anda ???

Dengan memajakkan emas pelaburan anda di ar-rahnu bermakna anda telah menambah kos pelaburan sebanyak 7.2% setahun. Kadar ini adalah mengikut kos simpanan 60sen untuk setiap RM100 nilai marhum dengan pinjaman 70%.

Kaji senario ini;

Anda membeli dari syarikat X yang menawarkan spread 6%.
Anda gadai emas berkenaan di ar-rahnu selama 12 bulan (6+6) dengan kos 7.2%.
Setelah 12 bulan kadar peningkatan harga emas ialah 25%, maka berapa kos dan pendapatan sebenar anda???

Jumlah kos = nilai spread + kos simpan ar-rahnu = 6% + 7.2% = 13.2%
Jumlah keuntungan = Nilai emas semasa -Jumlah kos = 25% - 13.2% = 11.8%

Dari kiraan di atas, dengan menyimpan di ar-rahnu, sekiranya peningkatan harga emas ialah 25% setahun, maka jumlah keuntungan yang akan diperolehi ialah 11.8%.

Bagaimana sekiranya nilai spread adalah tinggi seperti 10% ?

Nilai spread yang tinggi (10%) akan meningkatkan kos pelaburan kepada 17.2% sekaligus mengurangkan keuntungan kepada 7.8% setahun.

Bagaimana untuk kurangkan kos pelaburan???

Anda kena bijak mencongak ! Ikuti tips berikut;

  • Beli emas dari syarikat pengeluar emas yang mampu membeli balik emas anda pada nilai spread terendah. Spread akan memberi kesan sekali sahaja sepanjang tempoh anda memilikki sesuatu emas pelaburan. Menjual kepada kawan-kawan boleh mengurangkan spread berkenaan.
  • Panjangkan tempoh simpanan agar purata spread anda berkurangan.
  • Sentiasa peka kepada promosi yang dibuat oleh ar-rahnu yang mungkin mengurangkan kadar upah simpan pada tempoh tertentu. Upah simpan yang murah akan mengurangkan kos.
  • Simpan di safe deposit box yang kadar sewaannya lebih murah sekiranya anda tidak memerlukan wang tunai atau tidak berminat untuk menambah stock emas anda.

Menyimpan di ar-rahnu memberi peluang kepada pelabur menambah stock emas ketika harga masih rendah. Ini kerana harga emas akan meningkan berkadaran dengan masa. Pun begitu, pelabur mestilah mempunyai disiplin dalam menguruskan simpanan emas. Elakkan dari menggunakan wang gadaian sewenang-wenangnya selain dari utuk simpanan atau pelaburan yang menguntungkan. Ini bagi mengelakkan dari emas yang digadaikan di lelong dan memberikan rekod buruk terhadap diri anda.